AGIS RAZ

Thursday 22 November 2012

cara atasi mslhh

Ustaz Zul memulakan kelas agamanya dengan mengangkat secawan air gelas berisi air di dalamnya. “Kalian, agaknya berapa berat air di dalam gelas ini?” “200 gram… 300 gram…. Setengah kilo,” jawab para pendengar kuliah mingguan beliau. “Hebatlah kalian…. Ana sendiri tak tahu melainkan ana pergi timbang,” sindir Ustaz Zul. “Tapi soalan ana yang sebenar ialah, apa yang akan berlaku jika ana mengangkat gelas ini sedemikian untuk beberapa minit…” tanya Ustaz Zul. “Tak ada apa yang berlaku,” jawab hadirin kuliah. “Ok. Apa yang akan berlaku sekiranya ana pegang atas sebegini untuk sejam?” tanya Ustaz Zul lagi sambil memegang gelas itu tinggi di atas. “Lengan tangan ustaz akan lenguh,” jawab satu hadirin kuliah. “Pandai. Betul tu. Jikalau ana nak teruskan mengangkat gelas ini untuk sehari….” Ustaz Zul mengusik hadirin lagi. “Tangan ustaz akan kebas, otot lengan akan stress, mungkin lumpuh dan kena ke hospital doh ini ustaz. Pasti!” jawab seorang hadirin sambil tergelak. “Bagus! Bagus! Tapi semasa ini berlaku, adakah berat gelas ini berubah?” tanya Ustaz Zul… “Tak ustaz,” jawab hadirin. “Jadi apa yang menyebabkan lengan sakit dan otot stress?” tanya Ustaz Zul lagi. Semua hadirin terdiam… masing-masing tidak dapat menjawab…. Ustaz Zul tetiba bertanya lagi, “Jadi apakah yang perlu ana lakukan untuk hilangkan kesakitan tangan?” “Letak saja gelas tu ustaz. Mudah dan selesai semua perkara,” jerit satu hadirin. “Tepat sekali!!” jawab Ustaz Zul sambil menyambung…. “Begitu juga dengan masalah dalam kehidupan. Ambil untuk beberapa minit dalam kepala, rasanya ok tak sakit. Fikirkannya untuk masa yang lama, akan timbul pelbagai sakit seperti lengan tangan tadi. Pegang lagi masalah itu, ia akan lumpuh hidup enta semua. Enta tak akan dapat melakukan apa-apa. Adalah penting untuk memikirkan penyelesaian kepada cabaran dalam hidup, tapi apa yang lebih penting belajarlah untuk meletakkan gelas air setiap hari sebelum tidur. Dengan ini, enta semua tidak merasa stress, dan bangun besok dengan segara untuk mengatasi cabaran yang bakal mengunjung mengikut ketentuan Allah dalam hidup sementara ini. Letakkan gelas air itu sebelum tidur

Wednesday 10 October 2012

NYANYIAN RINDU

NYANYIAN RINDU

Aku adalah Nyanyian..
Yang mendendangkan lagu-lagu indah untukmu..
Aku adalah lagu..
Yang diciptakan untuk membuatmu tersenyum..
Aku adalah sebuah jemari..
Yang senang berjalan menari merangkum kata-kata indah..
Aku adalah cinta..
Yang akan memberimu sebuah rasa yang begitu indah..
Aku adalah Rindu..
Yang akan membuatmu sentiasa tahu berapa banyak sayangku ini..
Aku adalah kamu..
Yang sentiasa bersama, membina saat manis dengan rasa..
Cinta dan rindu..
Hanya milik kita, aku dan kamu..

Aku adalah aku.

Aku adalah aku.

Aku adalah aku. Tanpa aku siapalah kita. Kita adalah kita. Tanpa kita siapalah mereka. Mereka adalah mereka. Tanpa mereka siapalah aku dan kita. Aku, kita dan mereka adalah KAMI. Mencari KAMI, mengenal KAMI, menjiwai KAMI, menjadi KAMI. Kerana Aku Masih Ingat.

CINTA RAMA-RAMA

CINTA RAMA-RAMA

Cinta selayaknya seperti seekor rama-rama...semakin kau mengejarnya semakin jauh ia meninggalkanmu... Namun,biarkan rama-ramamu terbang bebas ke mana pun jua.. Siapa tahu suatu saat andai ia telah melihat rencah dunia,ia akan mengibarkan sayapnya ke arahmu...berlindung kepada mu daripada hujan dan panas..dan melampiaskan keresahannya tentang perjalanan jauhnya.. dalam suatu pertemuan yang tak tersangkakan... Mungkin saja, bagimu rama-rama yang kau kejar itu adalah segalanya,. Namun mungkin saja dia juga bukanlah rama-rama yang diperuntukkan Allah untukmu.. Dan mungkin saja, rama-rama liar yang berkeliarandi luar sana adalah takdir yang diciptakan untukmu...

Monday 18 June 2012

Muhasabah Diri




Saat org bicara mengenai kita di belakang, itu adalah tanda bahawa kita sudah ada DI DEPAN...

Saat org bicara merendahkan diri kita, itu adalah tanda bahawa kita sudah berada di tempat yang LEBIH TINGGI...

Saat org bicara dgn nada iri mengenai kita, itu adalah tanda bahawa kita sudah jauh LEBIH BAIK dari mereka...

Saat org bicara buruk mengenai kita padahal kita tidak pernah mengusik kehidupan mereka, itu adalah tanda bahawa kehidupan kita sebenarnya LEBIH INDAH dari mereka…..

BILA HATI BERBICARA....


Saat hati berkata " INGIN ",
namun ALLAH berkata " TUNGGU ".

Saat AIR MATA harus menitis,
namun ALLAH berkata " TERSENYUMLAH ".

Saat segalanya terasa " MEMBOSANKAN ",
namun ALLAH berkata " TERUSLAH MELANGKAH ".

kita merancang ALLAH juga merancang
tetapi rancangan ALLAH sebaik"nya rancangan

MALAM .....


MLM hampir LARUT.....
MLM juga sudah mula GERIMIS.....
INIlah saatnya utk kita kembali krn kite sudah cukup jauh mengembara.....
Mnjelajah ke rumah2x kosong itu.....
Kami tahu PERASAAN kita ckup truja utk mengisi kekosongan rumah itu n utk bertemu serta berkenalan dengan pemiliknya.....
KAMI juga tahu betapa seronoknya utk bersama n bergurau ngn pemilik itu ttp kmi hanya mahu kembali PULANG krn sudah puas KAMI melihat destinasi INDAH....
MENGEMBARA bersama INSAN spt KAMU namun kmi BERJANJI setiap detik KAMI di sini setiap itu juga KAMI akn menantimu.....
PERMULAAN adaalah KEHIDUPAN DAN pengakhirannya adalah KEMATIAN ttp HIDUP adalah SEJARAH Yg terjadi utk masa DAHULU,SEKARANG dan MASA HADPAN..

CORETAN...

..........seTENANG mana pun sesebuah SUNGAI itu, satu hari pasti akan melalui bahagian DERAS, berBATU, CERUN dan sebagainya..
..........airnya juga akan TERUS mengalir ke DEPAN tanpa berPATAH balik ke BELAKANG..
.........begitu juga dengan keHIDUPan.. tidak ada orang yang TIDAK merasai keSUSAHan sedikitpun sepanjang keHIDUPannya.. dan kita TIDAK akan dapat KEMBALI ke MASA DAHULU lagi..
.........tetapi sesuatu perJALANan pasti ada DESTINASInya.. ingatlah, destinasi SUNGAI ialah ke LAUT, dan destinasi MANUSIA ialah kepada PENCIPTAnya..

Friday 4 May 2012

 langadon ko kampun kio umandak..haro iso po sara d penagak do langad...mo hilo kadai mamak mengoder nasi goreng kampung hahaha...ketumbayaai no atagak ma langad nu kampung.

Tuesday 10 January 2012

APA KERJA PERANCANG BANDAR

Hari ini aku kepenatan sikit sebab dapat tido dua jam aje. Kerja kat office tu bukan ada sangat yang membuatkan aku letih tapi sebab kerja-kerja sampingan yang aku buat. Bila sebut soal kerja ini.. makcik aku ker..kawan-kawan sekolah ke @ pakcik2 tepi jalan duk tanya aku .. Kerja apa?aku terpaksa explain panjang lebar mengenai profesison yang aku ceburi. Memang aku tau korang kat luar pun mesti pelik dengar kerja perancang bandar. Yela. Kalau aku tak study tentang ni aku pon mesti tak ambil port pasal perancang bandar.
Sebenarnye peranan perancang bandar sememangnya merupakan penyumbang penting di dalam proses pembangunan negara tetapi ianya tidak ditonjolkan selama ini kerana hasil muktamad pembangunan dilaksanakan oleh pihak-pihak lain. I
tu sebab la kerja Perancang Bandar ini tidak se famous arkitek atau jurukur bahan. Dalam konteks ini, para perancang bandar selalu di anggap sebagai ‘unsung heroes’ atau ‘the invisible force’ di sebalik sesuatu pembangunan yang berjaya. Bila berjaya pun tak pernah media @ sapa-sapa sebut pasal perancang bandar. Yang terkenalnya ahli-ahli politik dan ahli ekonomi. Perancang bandar memainkan peranan yang amat besar dan penting dalam proses pembangunan kerana kami perancang-perancang bandar terpaksa memastikan perancangan fizikal penyediaan kerangka asas pembangunan di samping membolehkan pembangunan, kualiti persekitaran dan sumber-sumber sesuatu kawasan sentiasa dapat terpelihara untuk generasi semasa dan akan datang. (pembangunan mampan@mapan@lestari)
Profesion perancangan bandar dan desa ini merupakan salah satu profesion yang penting dalam menggerakkan pembangunan, bukan hanya di negara Malaysia, malah di mana-mana negara maju yang lain. (saje angkat bakul sendiri). Sama ada perancang bandar di peringkat Persekutuan, Negeri atau Pihak Berkuasa Perancang Tempatan, atau swasta peranan perancang bandar amat penting dalam memastikan pembangunan yang berlaku sentiasa bersifat ‘planning-led’ atau berasaskan perancangan yang rapi dan sempurna. Dalam keadaan begitu, barulah persekitaran petempatan yang berkualiti dapat dibina oleh semua pihak, dan yang pentingnya, ia dapat dirancang pada asalnya oleh para perancang bandar dan desa. Yang tidak menarik kebanyakkan keputusan perancang bandar biasanya di pengaruhi oleh kuasa politik. So bila ada masalah sahaja perancang bandarlah yang kena hentam tapi bila perancangan itu berjaya tak ada sapa pun yang tahu yang itu sebenarnya kerja pihak perancang bandar dan bukannya ahli politik. Tak nak cakap lelebih, nanti orang marah.ERK!
Sejarah perancang bandar bermula pada tahun 1801 dengan tertubuhnya Jawatankuasa Penilai (Committee Of Assesors) di Pulau Pinang.Sumbangan awal Jawatankuasa ini ke arah bidang perancangan adalah dengan pembinaan jalan dan parit di sekitar Bandar George Town. Berdasarkan kepada laporan yang disediakan oleh En. T.A.L. Concannon bertajuk "Town Planning In Malaya" pada tahun 1958, terdapat tanda-tanda bahawa kenyataan rasmi yang pertama kalinya memperkenalkan perancangan bandar di negara ini berlaku pada tahun 1913. Ketua Setiausaha Pejabat Jajahan, Sir Edward Brockmen telah mengumumkan perlantikan Jawatankuasa Perancang Bandar yang berkuatkuasa bagi kawasan Kuala Lumpur dalam tahun berkenaan. Di dalam penubuhan Jawatankuasa ini, tiada Pegawai Perancang dilantik sehingga ke tahun 1920.
Perundangan awal yang berkaitan dengan perancangan bandar yang diperkenalkan adalah "Municipal Ordinan CAP 133/1913" dan "Town Improvement Enactment". Pada tahun 1921, dengan penubuhan Jabatan Perancangan Bandar selepas perlantikan Encik Charles C. Reade sebagai Pegawai Perancang Bandar Kerajaan yang pertama bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pejabat pertama terletak di Bangunan Sekretariat di Jalan Raja, Kuala Lumpur. Dalam tahun 1923, Encik Charles C. Reade telah berusaha memperkenalkan perundangan untuk perancangan bandar. Usaha beliau berjaya apabila Enakmen Perancangan Bandar Bil. 19 yang merupakan undang-undang perancangan pertama diluluskan oleh Kerajaan Jajahan. Enakmen Perancangan Bandar yang telah digunapakai selama ini telah dipinda dan diluluskan oleh Majlis Persekutuan pada 28 Februari 1927.
Selepas peperangan iaitu sekitar 1948, aktiviti Jabatan diperluaskan bagi merangkumi kawasan-kawasan Lembaga Bandaran (Town Board) dan Majlis Bandaran (Municipal) di dalam Malayan Union. Di bawah Perjanjian Persekutuan 1948, Jabatan Perancangan Bandar Persekutuan dikekalkan sebagai satu badan penasihat dalam aspek perancangan. Berikutnya pada tahun 1949, Jabatan Perancangan Bandar mempunyai bangunan pejabatnya sendiri yang terletak di belakang Bangunan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Pejabat ini diketuai oleh Encik T.H.H. Hancock yang kemudiannya diganti oleh Encik Thomas Arthur Lawrence Concannon sebagai Pegawai Perancang Bandar Persekutuan pada tahun 1950. Aktiviti Jabatan meliputi penyediaan pelan-pelan pembangunan Kampung-Kampung Baru (1950-1954) dan perancangan Bandar Baru Petaling Jaya (1952-1953).
Selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, sistem perkhidmatan perancangan telah dijalankan berdasarkan kepda Sistem Dua Peringkat iaitu Persekutuan dan Negeri di bawah Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan. Mulai tahun 1958 hingga 1978, Jabatan-jabatan Negeri telah ditubuhkan bagi semua negeri di Semenanjung Malaysia dengan nama Jabatan Perancang Bandar dan Kampung Negeri.Apa yang menarik perancang bandar berbanding arkitek, @ juruukur bahan, Perancang bandar mempunyai Akta sendiri iaitu Akta Perancang bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Perancang bandar juga mempunyai Jabatan Sendiri di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu Jabatan Perancangan Bandar & Desa serta Perancang bandar juga mempunyai 1 hari istimewa iaitu HARI PERANCANG BANDAR SEDUNIA yang di sambut di seluruh dunia. Yeppi!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...