AGIS RAZ

Monday 28 November 2011

lallalaa

The hands of POWER, are often destructive....The hands of LOVE, are always creative...

Sunday 13 November 2011

kata-kata hikmah

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu..jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" 

Saturday 5 November 2011

Jika kamu MENANGIS

Jika kamu MENANGIS kerana wanita, berhenti dan cuba FIKIR kembali..
ADAKAH sebenarnya DIA yang kamu cari atau cintaNya?
ADAKAH yang bertapak di hatimu betul-betul CINTA SEJATI atau hanya kerana dia keluarkan KATA-KATA MANIS?
BENDA manis pun ada tarikh luputnya tahu?
ADAKAH insan seperti ini yang kamu rasa boleh MEMIMPIN kamu kelak?
BOLEH pandu BAHTERA keluargamu ke arah REDHANYA?
BOLEH MEYAYANGI kamu sepenuh hati, terima seadanya CACAT CELA MU? ✿~

KESAT air mata itu.. Sesungguhnya harga dirimu LEBIH PENTING, Sesungguhnya harga AIR MATAMU lebih BERNILAI.. Lebih BERHARGA jika dibazirkan untuk wanita itu.. BERSABARLAH, berhenti menangis, BERHENTI berharap pada yang tidak pasti.. YAKIN dengan JANJI ALLAH.. Orang yang baik adalah untuk orang yang baik-baik dan kamu LAYAK untuk orang yang LEBIH BAIK..(◠‿◠) ✿~

Wednesday 2 November 2011

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA

Secara umumnya, pembangunan pangkalan data ini adalah berasaskan kepada pangkalan data GIS sedia ada di JPBD. Ia merupakan data-data teras yang diguna pakai dari kajian-kajian Rancangan Pembangunan 
di Negeri Melaka. Ini termasuklah Rancangan Struktur Negeri (RSN) Melaka, Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Melaka Tengah, RTD Alor Gajah, RTD Jasin dan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Hang Tuah Jaya. Selain daripada data kajian rancangan, data yang baru dibangunkan dan data yang dikemaskini 
akan dimasukkan dalam apl ikasi   ini .   Ini termasuklah data tanah wakaf, data tanah lapang yang diwartakan dan sebagainya.Data-data ini dijadikan asas dalam pembentukan struktur pangkalan data di peringkat Aplikasi Geoportal. Terdapat sebanyak kira-kira 150-200 lapisan data dikenal pasti dari kajian Rancangan 
Pembangunan yang memerlukan kerja-kerja suntingan data. Kerja-kerja pembersihan dan suntingan data yang dilakukan adalah seperti penyelarasan struktur metadata di antara kajiankajian pembangunan, penggunaan sistem unjuran peta yang sama (WGS 84) dan lain-lain. Ini perlu dilaksanakan setelah mengambilkira keperluan aplikasi mengikut kategori pengguna, kestabilan dalam capaian data spatial-atribut dan sebagainya. Ia juga disesuaikan mengikut keupayaan  server bagi menjamin objektif pembangunan aplikasi ini tercapai.Hasil akhir lapisan data Aplikasi Geoportal akan terbahagi kepada kategori data pengguna eksekutif,pengguna berdaftar dan pengguna awam. Ia antaranya terdiri daripada data lot tanah, gunatanah, sempadan pentadbiran, jaringan sungai, sistem pengangkutan,  charting file dan sebagainya.Bagi peringkat permulaan jumlah keseluruhan lapisan data aplikasi ini adalah sebanyak 46 lapisan data. Jenis dan bilangan data akan diperluaskan dan dipertingkatkan selaras dengan keperluan maklumat dan tambahan maklumat baru.

My TESIS

Sistem maklumat geografi (GIS) merupakan salah satu teknologi ICT yang mampu menyimpan mencapai, memanipulasi, menganalisis, mengemaskini serta memaparkan maklumat. Teknologi GIS  dapat menjadi sebagai alat (tool) untuk membantu membuat keputusan (decision making) khususnya  berkaitan dengan pembangunan fizikal di sesebuah kawasan. Sebagai salah satu jabatan yang membantu dalam mengawal dari aspek perancangan dan pembangunan negeri, penggunaan teknologi GIS amatlah penting dalam membantu jabatan membuat pemetaan dan penganalisisan  maklumat geografi berhubung dengan perancangan, pembangunan dan pemantauan. Jabatan telah  mengorak langkah dalam membangunkan sistem yang dapat mengintegrasikan teknologi GIS melalui  data-data geospatial yang telah dibangunkan dan ICT serta diterjemahkan dalam aplikasi Geoportal Perancangan Jabatan Perancangan Bandar & Desa Negeri Melaka (JPBDM). Sistem yang dibangunkan  secara online ini amat berguna kepada jabatan dan agensi lain di negeri Melaka dalam membuatsemakan dari segi pengawalan gunatanah dan sebagainya. Selain itu, sistem ini juga turut diperluaskan kepada pengguna awam untuk membuat carian di pelbagai lokasi dalam Negeri Melaka. Adalah menjadi hasrat jabatan agar aplikasi yang dibangunkan ini berupaya menjadi satu gerbang portal dalam pemetaan data geospatial di peringkat negeri sehingga antarabangsa dalam konteks perancangan dan 
pembangunan Negeri Melaka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...