Sistem maklumat geografi (GIS) merupakan salah satu teknologi ICT yang mampu menyimpan mencapai, memanipulasi, menganalisis, mengemaskini serta memaparkan maklumat. Teknologi GIS dapat menjadi sebagai alat (tool) untuk membantu membuat keputusan (decision making) khususnya berkaitan dengan pembangunan fizikal di sesebuah kawasan. Sebagai salah satu jabatan yang membantu dalam mengawal dari aspek perancangan dan pembangunan negeri, penggunaan teknologi GIS amatlah penting dalam membantu jabatan membuat pemetaan dan penganalisisan maklumat geografi berhubung dengan perancangan, pembangunan dan pemantauan. Jabatan telah mengorak langkah dalam membangunkan sistem yang dapat mengintegrasikan teknologi GIS melalui data-data geospatial yang telah dibangunkan dan ICT serta diterjemahkan dalam aplikasi Geoportal Perancangan Jabatan Perancangan Bandar & Desa Negeri Melaka (JPBDM). Sistem yang dibangunkan secara online ini amat berguna kepada jabatan dan agensi lain di negeri Melaka dalam membuatsemakan dari segi pengawalan gunatanah dan sebagainya. Selain itu, sistem ini juga turut diperluaskan kepada pengguna awam untuk membuat carian di pelbagai lokasi dalam Negeri Melaka. Adalah menjadi hasrat jabatan agar aplikasi yang dibangunkan ini berupaya menjadi satu gerbang portal dalam pemetaan data geospatial di peringkat negeri sehingga antarabangsa dalam konteks perancangan dan
pembangunan Negeri Melaka.
No comments:
Post a Comment