Secara umumnya, pembangunan pangkalan data ini adalah berasaskan kepada pangkalan data GIS sedia ada di JPBD. Ia merupakan data-data teras yang diguna pakai dari kajian-kajian Rancangan Pembangunan
di Negeri Melaka. Ini termasuklah Rancangan Struktur Negeri (RSN) Melaka, Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Melaka Tengah, RTD Alor Gajah, RTD Jasin dan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Hang Tuah Jaya. Selain daripada data kajian rancangan, data yang baru dibangunkan dan data yang dikemaskini
akan dimasukkan dalam apl ikasi ini . Ini termasuklah data tanah wakaf, data tanah lapang yang diwartakan dan sebagainya.Data-data ini dijadikan asas dalam pembentukan struktur pangkalan data di peringkat Aplikasi Geoportal. Terdapat sebanyak kira-kira 150-200 lapisan data dikenal pasti dari kajian Rancangan
Pembangunan yang memerlukan kerja-kerja suntingan data. Kerja-kerja pembersihan dan suntingan data yang dilakukan adalah seperti penyelarasan struktur metadata di antara kajiankajian pembangunan, penggunaan sistem unjuran peta yang sama (WGS 84) dan lain-lain. Ini perlu dilaksanakan setelah mengambilkira keperluan aplikasi mengikut kategori pengguna, kestabilan dalam capaian data spatial-atribut dan sebagainya. Ia juga disesuaikan mengikut keupayaan server bagi menjamin objektif pembangunan aplikasi ini tercapai.Hasil akhir lapisan data Aplikasi Geoportal akan terbahagi kepada kategori data pengguna eksekutif,pengguna berdaftar dan pengguna awam. Ia antaranya terdiri daripada data lot tanah, gunatanah, sempadan pentadbiran, jaringan sungai, sistem pengangkutan, charting file dan sebagainya.Bagi peringkat permulaan jumlah keseluruhan lapisan data aplikasi ini adalah sebanyak 46 lapisan data. Jenis dan bilangan data akan diperluaskan dan dipertingkatkan selaras dengan keperluan maklumat dan tambahan maklumat baru.
No comments:
Post a Comment